CATATAN HARI INI 22 APRIL 2008

ni Dewan Undangan Negeri Selangor…

ni dewan makan untuk semua ADUN dan Exco serta MB

semua ADUN yg baru kena daftarkan diri dulu di pintu masuk

semua ADUN PR dan BN serta Exco bergambar dengan MB serta Speaker DUN

Menteri Besar selangor ditemuramah selepas Majlis Angkat Sumpah semua ADUN dan Exco selesai

Timbalan Speaker juga ditemuramah

dan yang paling sibuk ditemuramah ialah bekas Menteri Besar

semua ADUN, Exco, MB serta Ahli Parlimen yang dijemput menjamu selera selepas Majlis Angkat Sumpah

 

 

Salam,

Bertemu lagi…Pagi ni mcm biasa. Sampai je rumah YB, saya siapkan kereta. Hari ni YB kata nk pergi Pejabat SUK di Menara Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah berhampiran rumah YB. Semua Ahli Parlimen (MP) Selangor dijemput menghadiri Majlis Angkat Sumpah semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Saya, YB dan Ibu Lin berangkat dari rumah ke Pejabat SUK pukul 9.32 pagi. Majlis bermula pukul 10.00 pagi. YB risau juga kalau datang terlalu awal. Dalam perjalanan YB pun call YB Ir Khalid Samad, MP Shah Alam. YB Khalid bagi tahu dia hampir sampai Pejabat SUK. Lega YB. Jadi kami pun terus ke sana secepat mungkin.

Sampai je disana, saya menurunkan YB dan terus cari tempat letak kereta di hadapan Dewan Undangan Negeri Selangor. YB dan Ibu Lin pun daftar di kaunter pendaftaran sebagai pemerhati. Lepas parking kereta, saya pun meninjau la disekitar Dewan Amnex disebelah Dewan Undangan Negeri tu. Mula-mula takut juga nak masuk tp saya bertanya dengan seorang pemandu YB dari parti Keadilan. Dia cakap Dewan Undangan Negeri Selangor memang tak boleh masuk tapi Dewan Amnex boleh masuk sebab Dewan Amnex tu cuma pejabat ADUN-ADUn sahaja.

Saya pun masuk kedalam. Jumpa pula dengan pemandu ADUN lain. Say pun tak kenal. Dia bagi tahu saya pergilah sarapan di dewan makan dekat dalam Dewan Amnex tu. Dia kata ramai pemandu-pemandu lain ada disana. Saya pun terus masuk la kemudian saya buat selamba je ambil air kopi dan kuih. Lepas tu makan lontong pulak hehehe. Lepas makan, saya pun berborak la dengan beberapa pemandu seperti pemandu YB Azmin Ali dan pemandu YB Dato’ Dr Hasan Ali.

Kira-kira pukul 11.20 pagi, saya pergi ke bangunan Pejabat SUK. Saya lepak dekat lobi bangunan tersebut. Sebelum ni saya pernah pergi sana. Masa tu ada TV dipasang. Hari tu saya pergi TV tutup pulak. Saya pun apa lagi, melelapkan mata la sampai Majlis Angkat Sumpah tu tamat.

Kemudian, kira-kira pukul 12.30 tghr, YB call saya sebab dia nak ambil laptop dia. YB kata penat tunggu majlis habis. YB kata nak lepak diluar dewan sambil siapkan kertas kerja dia. Saya ingatkan dah nak beredar. Spoil betul. Saya pun tak jadi nak sambung tidur. Saya lepak dekat kawasan parking kereta hinggalah pukul 12. 50 tghr, majlis tersebut pun tamat. Saya lihat semua YB-YB keluar dari dewan menuju keluar kerana ada sesi bergambar bersama Speaker dan Menteri Besar. Saya pun capai kamera saya dan tumpang ambil gambar sekali. Saya lihat ADUN dari Barisan Nasional monyok je muka diorang termasuk bekas Menteri Besar yang sekarang jadi Ketua Pembangkang pulak. Sapa lagi kalau bukan Dato’ Sri Khir Toyo. Dulu bukan main angkuh nak jadikan Selangor sifar pembangkang. Sekarang ni dia jadi Ketua Pembangkang.

Selepas sesi bergambar, para wartawan menyerbu untuk menemuramah Menteri Besar, Speaker dewan, Timbalan Speaker dan yang paling dikerumuni ialah bekas Menteri Besar iaitu Dato’ Sri Khir Toyo. Lepas tu, saya pun tanya la dengan seorang kakitangan kat situ. Saya tanya semua YB-YB pergi mana plak tu. Dia cakap diorang pergi makan tengahari dalam Dewan Amnex tu. Lepas tu kakitangan tu suruh saya masuk untuk makan sekali. Hehe apa lagi. Pucuk dicita ulam mendatang la. Dapat makan free lagi. Ni yang best ikut YB Dr Dzul ni. Masuk je dalam, YB Dr Dzul pun ajak makan sekali. Saya pun tanpa berlengah lagi la.

Habis je makan, saya, YB Dr Dzul dan Ibu Lin pun beredar dari situ menuju ke Kuala Lumpur. Mula-mula hantar Ibu Lin ke pejabat dia lepas tu terus ke pejabat Agong PAS. Sampai pejabat Agong, YB naik pejabat dia. Dia kata nak siapkan artikel dia untuk Harakah keluaran akan datang. Saya punlepak la kat Ground Floor untuk buat kerja Unit Amal saya sampai la waktu maghrib masuk.

Lepas solat, YB ajak balik. Sebelum tu pergi jemput Ibu Lin di pejabat dia. Sampai rumah YB dalam pukul 9.05 malam. Macam biasa, saya parking kereta dan ambil motor saya lepas tu cabut la.

BERSAMBUNG…………

CATATAN HARI NI 21 APRIL 2008

Salam,

Emmmm….Hari ni macam biasa keluar rumah pukul 7.30 pagi menuju ke rumah YB. Sampai rumah YB, macam biasa la. Lap..lap habuk kereta dulu. Lepas tu periksa tangki air. Memang rutin setiap hari macam tu sambil tunggu YB bersiap.

Pukul 9.10 pag baru kami bertolak dari rumah YB. Lokasi pertama yang ingin dituju ialah pejabat isteri YB di Plaza Pekeliling, Jalan Sentul. Saya panggil isteri YB sebagai Ibu Lin. Ibu Lin bertugas mengandalikan stesen TV internet yang bernama ‘DAMAI TV”. Tapi saya tak tahu tugas spesifik dia. Malas nak tanya.

Lepas sahaja menurunkan IBu Lin di pejabat diasekitar jam 10.15 pagi, YB suruh bawa dia ke pejabat Harakah, Jalan Pahang. Katanya ada mesyuarat dengan beberapa pimpinan PAS Pusat. Selepas parking kereta, saya pun pergila makan roti canai di Restoran Haslam berdekatan dengan pejabat Harakah tu. Habis makan dan minum, saya lepak dalam kedai Nuffair Street tengok buku. Lepas tengok, saya lepak dekat luar pejabat Harakah.

Ketika sedang mengelamun, kelibat seorang pemandu YB pun muncul. Dia ialah Zul yang saya dan sahabat-sahabat gelar Pak Jul Longkai. Pak Jul Longkai ni pemandu kepada YB Dr Syed Azman Syed Nawawi, ADUN Batu Burok, Terengganu. Rupa-rupanya YB Dr. Zul mesyuarat dengan YB Dr Syed Azman. Kemudian Pak Jul bagi tahu lagi, YB Dato’ Kamarudin Jaafar (KJ) pun ada. Ini bermakna, pemandu YB Dato’ KJ iaitu sahabat saya Mohd Zad pun ada. Saya pun telefon dia. Rupa-rupanya dia lepak di surau Harakah. Saya pun panggil dia turun dan kami bertiga lepak lagi di Restoran Haslam.

Hinggalah dah pukul 12.00 lebih, Pak Jul Longakai diarah oleh YB Dr Syed Azman ke pejabat Agong PAS manakala saya dan Mohd Zad lepak pula dalam pejabat Harakah. Kira-kira 10 minit kemudian, YB Dr Zul pun turun dan ajak saya beredar. Lokasi seterusnya yang YB ingin tuju ialah Damansara Uptown, Petaling Jaya. Kata YB dia ada sidang media dengan wartawan di pejabat MP dari DAP. Selepas saya turunkan YB, saya terus menuju ke Masjid Damansara Utama yang berdekatan untuk solat Zohor.

Selepas solat, YB telefon suruh jemput dia dan kami terus menuju pula ke pejabat Agong PAS, Jalan Raja Laut. Sampai di pejabat Agong, YB naik ke pejabat dia untuk menyiapkan kerja beliau dan saya lepak di ground floor lepak bersama pengarah saya iaitu Abg Champ sehingga pukul 7.40 malam, kami pun beredar dari pejabat Agong untuk pulang. Sebelum tu, ambil Ibu Lin di pejabatnya. Kami tiba di rumah YB pukul 9.18 malam dan saya teru parking kereta dan ambil motor untuk pulang ke rumah. BERSAMBUNG……..

PROFAIL YB DR. DZULKIFLI AHMAD

 

P096 KUALA SELANGOR
DR. DZULKEFLY AHMAD

UMUR : 52 TAHUN

ASAL : REMBAU, NEGERI SEMBILAN

MENETAP : SHAH ALAM, SELANGOR

KELAYAKAN AKADEMIK : PHD DALAM BIDANG TOXICOLOGY, IMPERIAL COLLEGE, UNIVERSITY OF LONDON, UK

PENGALAMAN KERJAYA :  AHLI POLITIK, PENSYARAH, KONSULTAN, AHLI PERNIAGAAN

JAWATAN DALAM PARTI  :  PENGARAH PUSAT PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN PAS

 

(suber rujukan : http://pru12.pas.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=178 )

 

 

PENGENALAN

Assalamualaikum….

Sebenarnya tujuan saya mewujudkan blog ini adalah disebabkan ingin berkongsi pengalaman saya yang kini bekerja sebagai seorang pemandu peribadi kepada wakil rakyat parlimen Kuala Selangor. Beliau ialah YB Dr Dzulkifli Hj Ahmad.

YB Dr Dzul, merupakan AJK PAS Pusat. diberi amanah menerajui Pusat Penyelidikan PAS. Pada pilihanraya umum ke 12 yang lalu, beliau diamanahkan untuk bertanding di Parlimen Kuala Selangor menentang calon Barisan Nasional Jahaya Ibrahim dengan kemenangan majoriti 860 undi.

Blog ini diwujudkan atas kemahuan saya sendiri. Dan ianya bukanlah atas arahan YB Dr Dzulkifli Ahmad. Sebenarnya YB juga akan mewujudkan samada blog atau website beliau sendiri dan saya dimaklumkan anaknya yang akan mengendalikan website atau blog tersebut. Cuma ianya belum dibuat lagi. Jadi sebelum tertubuhnya blog atau website YB Dr Dzulkifli Ahmad, orang ramai boleh mengetahui sedikit sebanyak maklumat serta aktiviti YB melalui blog saya ini.

Masuk ke hari ini, saya baru 5 hari bekerja bersama YB Dr Dzulkifli Ahmad yang mana hari pertama saya mula bekerja pada 10 April lalu. Sebelum ni saya bekerja sebagai penghantar barang disebuah syarikat pengedar produk perubatan berasaskan herba dari India. Hampir 6 tahun saya bekerja. Dari segi gaji pula, memanglah boleh dikatakan melebihi dari gaji saya bekerja bersama YB ni. Kalau ikutkan, ayah saya tak suka saya berhenti kerja dengan syarikat lama tempat saya bekerja tu. Dia kata buat ape berhenti, kerja dah stabil dan tiap-tiap tahun ada bonus pulak tu. Tapi dia tak bagi tahu saya depan-depan. Dia bagi tahu pada mak saya je.

Saya bagi tahu mak supaya dia jelaskan pada ayah, rezeki ada dimana-mana. Kalau kita bekerja kerana Allah, InsyaAllah akan ada rezeki untuk kita. Kalau kita bekerja bukan kerana Allah pun, dia tetap bagi rezeki. Cuma keberkatan sahajalah yang kita tak dapat. Alhamdulillah, mak saya memang menyokong saya. Dia lebih memahami saya dari ayah saya.

Bagi saya, saya memilih bekerja dengan YB Dr Dzulkifli ni ada beberapa sebab. Yang pertamanya kerana ingin menimba pengalaman. Kedua, saya memilih bekerja dengan YB adalah supaya saya mudah untuk melaksanakan gerak kerja saya dalam Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan dan Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat tanpa perlu menipu majikan sekiranya ingin mengambil cuti untuk menjalankan kerja saya bersama parti. Yang ketiganya, saya ingin lihat sendiri perbezaan tugasan wakil rakyat dari Pakatan Rakyat dengan tugasan wakil rakyat dari Barisan Nasional. Adakah menjadi wakil rakyat ni demi nak mengumpulkan kekayaan ataupun demi ingin melaksanakan amanah dari rakyat.

Walaubagaimanapun, setelah 5 hari saya bekerja dengan YB Dr Dzulkifli Ahmad ni, saya merasakan yang tanggungjawabnya sangatla berat disebabkan beliau menjadi wakil rakyat adalah kerana ingin melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat. Boleh dikatakan setiap hari saya membawa beliau kesana kemari sehingga lewat malam pun beliau menghadiri program bertemu rakyat. Saya yang menjadi pemandu ni pun penat, macam manalah keadaan beliau. Dari sinilah saya nampak perbezaannya wakil rakyat yang buat kerja kerana Allah berbanding dengan yang ingin mendapat kekayaan. Kadang-kadang tak sempat makan pun disebabkan memenuhi jadual beliau yang penuh. Beliau pernah makan dalam kereta yang saya pandu disebabkan bimbang terlewat menghadiri program bersama rakyat.

Saya rasa cukuplah saya ceritakan mengenai pengenalan kenapa saya wujudkan blog saya ni. Untuk mengetahui lebih lanjut aktiviti Yb Dr Dzulkifli Ahmad, saya akan ceritakan dari hari kehari.