CATATAN HARI INI 30 APRIL 2008 (RABU)

Salam……….

 

Hari ini pula merupakan hari pertama persidangan semua ahli Parlimen di Dewan Rakyat. Maknanya, semua MP akan mula berdebat atau bertikam lidah berkaitan usul atau persoalan yang dibangkitkan oleh MP Pembangkang kepada pihak Kerajaan Malaysia berkenaan dengan masalah rakyat.

 

Pagi ni awal juga saya datang kerumah YB sebab kami perlu jemput seorang kakitangan YB iaitu Meor di Pejabat Agong PAS, Jalan Raja Laut sebelum kami tiba di Parlimen. Dia bertugas untuk bahagian research di Pusat Penyelidikan PAS dibawah YB Dr Dzul yang merupakan pengarah. Pukul 6.57 pagi saya dah keluar dari rumah. YB meminta Meor ikut YB ke Parlimen kerana YB ingin dia mencari bahan-bahan yang penting.

 

Hari ni juga saya berasa seronok kerana sahabat saya Wan Jambang juga akan hadir ke Parlimen. Wan Jambang ni merupakan penolong saya sebagai Setiausaha Unit Amal Wilayah Persekutuan. Wan Jambang telah dipilih bekerja sebagai Pegawai Khas kepada YB Ustaz Firdaus Jaafar, MP Jerai. Ini bermakna sudah ada 4 orang dari kalangan Ahli Lembaga Pengarah Unit Amal Wilayah Persekutuan telah bekerja dengan Ahli Parlimen. Ada yang kata  ”tak bergeraklah organisasi Unit Amal Wilayah Persekutuan sebab ALP dia ramai yang dah mula sibuk bersama wakil rakyat.” Bagi saya, walaupun saya sibuk bersama YB, tapi saya tidak akan lupakan Unit Amal dan kerja yang saya buat ni pun sebahagiannya menjurus kepada tugas saya sebagai anggota Unit Amal. Cumanya, saya bergerak dengan wakil rakyat bukan bersama anggota Unit Amal Wilayah Persekutuan.

 

Sampai je di Parlimen, saya menurunkan YB dan Meor. Kemudian, saya terus mencari parking. Sesudah parking kereta YB, Umar datang kepada saya ajak saya lepak di Pejabat Agong PAS. Saya tanya Wan Jambang mana. Umar bagi tahu Wan Jambang dah masuk dalam Parlimen kerana YB Ustaz Firdaus arahkan dia masuk dengar persidangan. Saya pun bersetuju sebab Parlimen habis bersidang dalam pukul 5.00 petang dan waktu rehat pukul 1.00 petang. Lepas tu saya call Azuan ajak dia sekali.

 

Sampai je di Pejabat Agong PAS, perut saya memulas. Memang sejak dari rumah YB tadi dah terasa tapi saya tahankan. Tak payah la cerita banyak la pasal tu. Lepas sahaja selesai menunaikan apa yang patut, handphone saya menerima satu sms. Alamak!!!!! YB suruh cari buku Peraturan Mesyuarat Parlimen dalam kereta dan hantar kepada dia. YB terlupa bawa tadi. Saya pun mula bergegas ke Parlimen.

 

Dah sampai Parlimen, saya pun bergegas masuk ke lobi Parlimen. Saya bagi tahu pengawal keselamatan yang MP saya suruh hantar buku peraturan tersebut. Pengawal tu tengok pakaian saya dan dia kata nak masuk Parlimen kena pakai baju kemeja beserta tali leher dan baju kot. Masa tu saya pakai kemeja dan baju sejuk je. Saya memohon kepada pengawal tersebut saya cuma ingin hantar buku tersebut sahaja dan kemudian saya akan keluar semula. Pengawal tu pun memberi kebenaran. Saya pun naik ke tingkat satu iaitu lokasi Dewan Rakyat yang menjadi tempat persidangan MP.

 

Sampai di tingkat satu, saya dihalang masuk oleh Bentara Parlimen. Dia cakap dewan dah penuh. Dan saya tidak dibenarkan masuk dengan pakaian yang saya pakai. Saya bagi tahu tujuan saya dan dia minta buku tersebut sebab dia sendiri akan hantar kepada YB. Saya mulanya kurang percaya. Bimbang buku tu tak sampai kepada YB. Saya pun ikut dia ke pintu belakang dan ternyata memang dia telah sampaikan kepada YB. Saya berpuas hati. Saya ucapkan terima kasih lalu saya pun keluar semula.

 

Selepas dari itu, saya pun kembali ke Pejabat Agong PAS. Saya lepak bersama Umar dan Azuan hinggalah pukul 12.30 tengahari kami kembali semula ke Parlimen untuk mengetahui keadaan persidangan. Saya call Wan Jambang suruh dia keluar. Fuhhh!!!! Buat pertama kali saya lihat Wan Jambang bergaya dengan kot serta tali lehernya. Wan Jambang bagi  tahu persidangan hangat. Setengah jam selepas itu, Azuan diarahkan oleh bos dia YB Hj Roslan Shaharom supaya menjemput anak dia di sekolah agama dekat Klang. Azuan ajak Umar temankan sebab dia kurang arif jalan ke sana. Umar pun bersetuju dan dia pun ikut Azuan ke Klang.

 

Selepas diorang beredar, Wan Jambang pun masuk semula kedalam Dewan Rakyat untuk bertemu bos dia. Ketika itu persidangan telah ditangguhkan untuk berehat dan akan disambung semula pukul 2.30 petang. Saya pun lepaklah depan pintu masuk dewan untuk menunggu Wan Jambang. 10 minit kemudian, Wan Jambang call saya naik tingkat 14 pejabat MP Pembangkang. Sampai diatas, saya tengok ramai pimpinan berada disana terdiri Presiden PAS, YB Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, YB Dato’ Kamarudin Jaafar, YB Ustaz Firdaus Jaafar, YB Dato’ Hj Abd Halim Abd Rahman dan beberapa lagi. Malas la nak sebut. Penat. Saya pun lepak dengan Wan Jambang dan kami solat Zohor di tingkat 16.

 

Pukul 2.30 petang, semua MP memasuki Dewan Rakyat semula untuk menyambung persidangan. Saya telah dipesan oleh YB pagi tadi supaya pergi ke Klinik Bandaraya dekat Kampung Baru untuk mengambil madu lebah daripada adik YB pukul 2.00 petang keatas. Selepas ambil madu tersebut, saya pergi Kompleks Pertama untuk tempah jaket saya.

 

Selepas dari itu, saya lepak semula ke pejabat Agong hingga pukul 5.00 petang dan saya kembali ke Parlimen semula untuk jemput YB . Persidangan tamat jam 5.15 petang dan saya solat Asar dahulu di tingkat 16 dan turun untuk jemput YB dan Meor. Dalam kereta, kami pun borak la pasal persidangan tadi.

 

Lepas hantar Meor kembali ke Pejabat Agong PAS, saya dan YB ke pejabat Ibu Lin untuk jemput dia balik. Dalam perjalanan, YB pun bagi tahu la situasi dalam Dewan Rakyat kepada Ibu Lin. Ibu Lin kata, dia pun ada tengok dalam website www.mppas.blogspot.com.

 

Kami sampai rumah YB pukul 6.55 petang. Selesai semuanya, saya pun terus balik. Dalam perjalanan balik rumah, saya tegok handphone saya ada 3 misscall dari YB. Saya tak perasan sebab tengah bawak motor dan handphone dalam pocket seluar. Saya pun call la YB balik. YB cakap, dia ada satu lagi jemputan dialog mewakili Menteri Besar pukul 8.30 malam tadi di di sebuah hotel di Subang. Saya tanya YB nak saya patah balik ke. YB cakap tak perlu sebab saya pun dah separuh jalan nak sampai ke rumah. Dalam hati saya cakap, ”lega rasanya.”

 

BERSAMBUNG   

Advertisements

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s