CATATAN HARI INI 1 MEI 2008 (KHAMIS)

Salam…

Hari ini merupakan cuti umum sempena Hari Buruh. Tapi saya kena kerja la. Tapi saya tak kisah. Sebab tujuan saya bekerja dengan YB ni pun selain ingin cari pendapatan, saya juga ingin membuat amal kebajikan.

Hari ini saya tiba di rumah YB pukul 7.55 pagi. Hari ini YB dijemput untuk merasmikan mesyuarat agong PAS kawasan Hulu Selangor disebuah dewan auditorium bertempat di Batang Kali. Alhamdulillah, berkat kemenangan Pakatan Rakyat di Selangor, maka segala kemudahan awam dapat dinikmati oleh rakyat. Bukan macam Barisan Nasional. Dewan orang ramai pun dia buat macam dewan mak bapak dia. Itu duit rakyat. Bukan duit BN. Disebabkan tidak menagamalkan demokrasi dalam politik, akhirnya rakyat menolak BN haprak ni.

Selepas melaksanakan apa-apa yang patut, saya dan YB pun bertolak ke Batang Kali pada pukul 8.15 pagi. Sepatutnya kami kena tiba disana pukul 9.00 pagi tapi disebabkan perancangan yang kami buat tidak tepat, maka kami tiba di Batang Kali pukul 9.25 pagi.

Sampai di dewan tersebut, kelihatan perwakilan PAS kawasan Hulu Selangor sedang bersarapan di kantin dengan makanan yang disediakan oleh PAS Hulu Selangor. Walaubagaimanapun, YB telah disambut oleh pimpinan PAS Hulu Selangor dan terus dibawa masuk kedalam dewan auditorium. Saya lihat dewan tersebut agak selesa dan cukup kemudahan. YB panggil saya suruh ambil laptop dia dalam kereta sebab YB nak rasmi sambil nak bentang sebab kemenangan Pakatan Rakyat kepada semua perwakilan PAS Hulu Selangor.

bangunan dewan auditorium Batang Kali

Lima minit kemudian, semua perwakilan diarahkan masuk dewan kerana acara peramian akan dimulakan. Majlis bermula dengan aluan pengerusi majlis seterusnya bacaan doa oleh Ketua Dewan Ulama’ PAS Hulu Selangor. Selepas dari itu perwakilan diperdengarkan dengan alunan bacaan ayat suci Al-quran oleh seorang pelajar sekolah Darul Quran kalau tak silap saya la. Sesudah bacaan Al-quran tersebut, pengerusi menjemput Yang Di Pertua PAS Hulu Selangor untuk menyampaikan ucapan seterusnya perwakilan diminta bangun untuk menyanyikan lagu rasmi PAS seperti yang saya rakam dibawah ini.

para perwakilan

pengerusi, YB Dr Dzul dan Yang Di Pertua PAS Hulu Selangor mengaminkan doa yang dibaca oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Hulu Selangor

Selepas dari menyanyikan  lagu, barulah ucapan perasmian yang disampaikan oleh YB Dr Dzulkifli Ahmad. Saya pun mulalah keluar dewan sebb lapar. Saya pergi di kantin dewan dan seorang AJK yang menyediakan makanan telah menjemput saya makan bihun goreng yang disediakan. Hehe. Selamat duit ambo.

YB Dr Dzulkifli Ahmad berucap dan merasmikan mesyuarat agong PAS Hulu Selangor

Semasa makan, saya berbual dengan beberapa anggota Unit Amal Hulu Selangor. Saya bertanya tentang persiapan Jambori Amal Kebangsaan yang akan diadakan pada 30, 31 Mei dan 1 Jun 2008 nanti. Mereka kata akan berbincang dalam mesyuarat mereka yang akan dibuat esok. Saya tak bagi tahu diorang saya KSU Amal Pusat. Cuma saya memperkenalkan diri saya sebagai anggota Unit Amal Wilayah Persekutuan. Tak lama selepas tu, Abang Maskor (PA YB) call saya. Dia suruh saya bawa YB ke Kuang selepas selesai perasmian mesyuarat Agong PAS Hulu Langat tersebut. Abang Maskor kata, ada seorang pekebun muda yang mahukan YB melihat tanaman tembikai Jepun yang diusahakannya selain ingin meminta YB mendapatkan bantuan daripada kerajaan negeri untuk dia meningkatkan usaha penanaman tembikai tersebut.

Sekitar pukul 12.10 tengahari, barulah selesai ucapan perasmian dari YB dan seterusnya YB dijamu makan bersama pimpinan PAS Hulu Selangor. Selepas makan kami pun mula beredar. Saya bagi tahu YB tentang pesanan Abang Maskor tadi dan YB suruh saya bawa dia ke Kuang berjumpa dengan pekebun muda tersebut.

Sampai disana, YB terus dibawa melihat kebun tanaman tembikai Jepun yang berhampiran rumah pekebun muda itu. Umurnya kalau tak silap dalam akhir 20-an (sori, malas nak interview dia). Dari apa yang saya dengarla (tu pun kalau tak silap. Kalau silap sori haaa), dia seorang bekas gradute dan sebelum menceburkan diri dalam bidang pertanian ni dia merupakan seorang kontraktor. Saya rasa seronok bila dapat melihat orang bercucuk tanam ni. Kalaulah saya ada tanah untuk bercucuk tanam, alangkah seronoknya. Saya dan YB melihat tanaman tembikai tersebut yang dibuat secara moden. (betulke istilah saya pakai ni. Bukan tahu sangat pun pasal tanaman ni)

YB Dr Dzul bersama Abg Maskor meninjau tanaman tembikai jepun

Selepas melihat tanaman sambil diberi penerangan, pekebun muda tadi menjemput YB merasa buah tembikai yang telah disediakan. Saya pun tumpang sekaki la rasa. Emmm..best jugak rasanya. Hampir nak sama dengan tembikai susu. Dalam YB sibuk mengunyah buah tembikai tu, YB diberi lihat profail syarikat pekebun muda tadi dan dia meminta YB komen samada dia boleh mendapat bantuan dari kerajaan negeri atau pun tidak. YB bagi tahu dia yang YB akan usahakan.

YB Dr Dzul sedang merasa buah tembikai Jepun yang disediakan

Dalam pada itu, seorang pegawai daripada Jabatan Pertanian Gombak pun sampai. Dah terbalik pulak. Sepatutnya pegawai tu yang tiba dahulu sebelum wakil rakyat. Ni wakil rakyat yang tiba dulu. Tapi saya tahu, inilah sikap yang YB nak tunjukkan kepada kakitangan kerajaan untuk dijadikan contoh. Kemudian YB berbincang dengan pegawai tersebut dan meminta pandangan dia sambil dia juga merasa buah yang disediakan.

Tidak berapa lama selepas itu, ayah pekebun muda tadi menjemput kami kerumahnya untuk menjamu makan tengahari. Haaa, yang ni memang wajib untuk saya tidak menolak. Hehe. Jimat lagi la duit YB dari nak memberi makan pemandu dia ni. Habis je makan, YB minta salinan profail syarikat pekebun muda tadi supaya YB boleh mengambil tindakan susulan.

Selesai sahaja kami makan, YB pun meminta izin untuk beredar kepada pekebun muda tadi dan ayahnya . Kami beredar pada pukul 2.18 petang. Dalam perjalanan YB bagi tahu saya yang dia ada urusan keluarga selepas balik kerumah dia. Sampai je rumah, YB suruh saya balik sebab dia dah takde apa-apa program selain hal keluarga. Dalam hati saya menjerit sambil melompat-lompat Yaaaaaahhhhooooooooooooo!!!!. Maka balik la saya kerumah saya selepas itu dengan penuh kegirangan.

BERSAMBUNG..

Advertisements

CATATAN HARI INI 30 APRIL 2008 (RABU)

Salam……….

 

Hari ini pula merupakan hari pertama persidangan semua ahli Parlimen di Dewan Rakyat. Maknanya, semua MP akan mula berdebat atau bertikam lidah berkaitan usul atau persoalan yang dibangkitkan oleh MP Pembangkang kepada pihak Kerajaan Malaysia berkenaan dengan masalah rakyat.

 

Pagi ni awal juga saya datang kerumah YB sebab kami perlu jemput seorang kakitangan YB iaitu Meor di Pejabat Agong PAS, Jalan Raja Laut sebelum kami tiba di Parlimen. Dia bertugas untuk bahagian research di Pusat Penyelidikan PAS dibawah YB Dr Dzul yang merupakan pengarah. Pukul 6.57 pagi saya dah keluar dari rumah. YB meminta Meor ikut YB ke Parlimen kerana YB ingin dia mencari bahan-bahan yang penting.

 

Hari ni juga saya berasa seronok kerana sahabat saya Wan Jambang juga akan hadir ke Parlimen. Wan Jambang ni merupakan penolong saya sebagai Setiausaha Unit Amal Wilayah Persekutuan. Wan Jambang telah dipilih bekerja sebagai Pegawai Khas kepada YB Ustaz Firdaus Jaafar, MP Jerai. Ini bermakna sudah ada 4 orang dari kalangan Ahli Lembaga Pengarah Unit Amal Wilayah Persekutuan telah bekerja dengan Ahli Parlimen. Ada yang kata  ”tak bergeraklah organisasi Unit Amal Wilayah Persekutuan sebab ALP dia ramai yang dah mula sibuk bersama wakil rakyat.” Bagi saya, walaupun saya sibuk bersama YB, tapi saya tidak akan lupakan Unit Amal dan kerja yang saya buat ni pun sebahagiannya menjurus kepada tugas saya sebagai anggota Unit Amal. Cumanya, saya bergerak dengan wakil rakyat bukan bersama anggota Unit Amal Wilayah Persekutuan.

 

Sampai je di Parlimen, saya menurunkan YB dan Meor. Kemudian, saya terus mencari parking. Sesudah parking kereta YB, Umar datang kepada saya ajak saya lepak di Pejabat Agong PAS. Saya tanya Wan Jambang mana. Umar bagi tahu Wan Jambang dah masuk dalam Parlimen kerana YB Ustaz Firdaus arahkan dia masuk dengar persidangan. Saya pun bersetuju sebab Parlimen habis bersidang dalam pukul 5.00 petang dan waktu rehat pukul 1.00 petang. Lepas tu saya call Azuan ajak dia sekali.

 

Sampai je di Pejabat Agong PAS, perut saya memulas. Memang sejak dari rumah YB tadi dah terasa tapi saya tahankan. Tak payah la cerita banyak la pasal tu. Lepas sahaja selesai menunaikan apa yang patut, handphone saya menerima satu sms. Alamak!!!!! YB suruh cari buku Peraturan Mesyuarat Parlimen dalam kereta dan hantar kepada dia. YB terlupa bawa tadi. Saya pun mula bergegas ke Parlimen.

 

Dah sampai Parlimen, saya pun bergegas masuk ke lobi Parlimen. Saya bagi tahu pengawal keselamatan yang MP saya suruh hantar buku peraturan tersebut. Pengawal tu tengok pakaian saya dan dia kata nak masuk Parlimen kena pakai baju kemeja beserta tali leher dan baju kot. Masa tu saya pakai kemeja dan baju sejuk je. Saya memohon kepada pengawal tersebut saya cuma ingin hantar buku tersebut sahaja dan kemudian saya akan keluar semula. Pengawal tu pun memberi kebenaran. Saya pun naik ke tingkat satu iaitu lokasi Dewan Rakyat yang menjadi tempat persidangan MP.

 

Sampai di tingkat satu, saya dihalang masuk oleh Bentara Parlimen. Dia cakap dewan dah penuh. Dan saya tidak dibenarkan masuk dengan pakaian yang saya pakai. Saya bagi tahu tujuan saya dan dia minta buku tersebut sebab dia sendiri akan hantar kepada YB. Saya mulanya kurang percaya. Bimbang buku tu tak sampai kepada YB. Saya pun ikut dia ke pintu belakang dan ternyata memang dia telah sampaikan kepada YB. Saya berpuas hati. Saya ucapkan terima kasih lalu saya pun keluar semula.

 

Selepas dari itu, saya pun kembali ke Pejabat Agong PAS. Saya lepak bersama Umar dan Azuan hinggalah pukul 12.30 tengahari kami kembali semula ke Parlimen untuk mengetahui keadaan persidangan. Saya call Wan Jambang suruh dia keluar. Fuhhh!!!! Buat pertama kali saya lihat Wan Jambang bergaya dengan kot serta tali lehernya. Wan Jambang bagi  tahu persidangan hangat. Setengah jam selepas itu, Azuan diarahkan oleh bos dia YB Hj Roslan Shaharom supaya menjemput anak dia di sekolah agama dekat Klang. Azuan ajak Umar temankan sebab dia kurang arif jalan ke sana. Umar pun bersetuju dan dia pun ikut Azuan ke Klang.

 

Selepas diorang beredar, Wan Jambang pun masuk semula kedalam Dewan Rakyat untuk bertemu bos dia. Ketika itu persidangan telah ditangguhkan untuk berehat dan akan disambung semula pukul 2.30 petang. Saya pun lepaklah depan pintu masuk dewan untuk menunggu Wan Jambang. 10 minit kemudian, Wan Jambang call saya naik tingkat 14 pejabat MP Pembangkang. Sampai diatas, saya tengok ramai pimpinan berada disana terdiri Presiden PAS, YB Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, YB Dato’ Kamarudin Jaafar, YB Ustaz Firdaus Jaafar, YB Dato’ Hj Abd Halim Abd Rahman dan beberapa lagi. Malas la nak sebut. Penat. Saya pun lepak dengan Wan Jambang dan kami solat Zohor di tingkat 16.

 

Pukul 2.30 petang, semua MP memasuki Dewan Rakyat semula untuk menyambung persidangan. Saya telah dipesan oleh YB pagi tadi supaya pergi ke Klinik Bandaraya dekat Kampung Baru untuk mengambil madu lebah daripada adik YB pukul 2.00 petang keatas. Selepas ambil madu tersebut, saya pergi Kompleks Pertama untuk tempah jaket saya.

 

Selepas dari itu, saya lepak semula ke pejabat Agong hingga pukul 5.00 petang dan saya kembali ke Parlimen semula untuk jemput YB . Persidangan tamat jam 5.15 petang dan saya solat Asar dahulu di tingkat 16 dan turun untuk jemput YB dan Meor. Dalam kereta, kami pun borak la pasal persidangan tadi.

 

Lepas hantar Meor kembali ke Pejabat Agong PAS, saya dan YB ke pejabat Ibu Lin untuk jemput dia balik. Dalam perjalanan, YB pun bagi tahu la situasi dalam Dewan Rakyat kepada Ibu Lin. Ibu Lin kata, dia pun ada tengok dalam website www.mppas.blogspot.com.

 

Kami sampai rumah YB pukul 6.55 petang. Selesai semuanya, saya pun terus balik. Dalam perjalanan balik rumah, saya tegok handphone saya ada 3 misscall dari YB. Saya tak perasan sebab tengah bawak motor dan handphone dalam pocket seluar. Saya pun call la YB balik. YB cakap, dia ada satu lagi jemputan dialog mewakili Menteri Besar pukul 8.30 malam tadi di di sebuah hotel di Subang. Saya tanya YB nak saya patah balik ke. YB cakap tak perlu sebab saya pun dah separuh jalan nak sampai ke rumah. Dalam hati saya cakap, ”lega rasanya.”

 

BERSAMBUNG