CATATAN HARI INI 29 APRIL 2008 (SELASA)

Hari Kedua pergi Parlimen.

Salam……

Pagi ni macam semalam juga. Pukul 7.00 pagi saya sudah berangkat dari rumah ke rumah YB. Semalam Umar bagi tahu, semua Ahli Parlimen perlu tiba di Parlimen pukul 8.45 pagi. Hari ini merupakan hari Yang Di Pertuan Agong, Sultan Mizan akan membaca titah baginda kepada semua Ahli Parlimen. Saya tiba dirumah YB pukul 7.42 pagi. Saya tengok YB dah siap tapi dia bagi tahu saya, majlis hari ni bermula pukul 10.00 pagi.

Bila YB cakap macam tu, saya pun tak la nak tergesa-gesa. YB masuk dalam rumah balik. Kami mula berangkat dari rumah YB pukul 8.30 pagi. Baru je 200 meter bergerak, YB ajak singgah di restoran sebab YB nak sarapan. YB ajak saya makan tapi saya bagi tahu dia saya dah makan nasi lemak sebelum sampai rumah YB. YB makan roti canai sekeping je. Ketika sedang makan, YB call YB Dr Hatta. YB Dr Hatta tanya YB kenapa tak sampai-sampai lagi. Katanya ramai Ahli Parlimen telah tiba dan berkumpul di perkarangan Parlimen. YB mula panik. Betullah kata Umar semalam. Semua MP kena hadir jam 8.45 pagi.

Baru tiga suap YB makan roti canai, terus YB ajak saya pergi. Masa YB tengah makan, Ibu Lin bawak kereta pergi bank untuk keluarkan duit sebab YB takde tunai.  Bila YB cakap Yb takde duit dalam poket, saya pun bayarkan dulu roti canai YB dan air teh ‘o’ bersama nescafe ‘o’ saya yang juga tak sempat nak minum sebab panas. Lepas sahaja iIbu Lin sampai, baru YB ganti duit saya. Berlebih pulak tu. Hehe.

Kami pun mula bergegas ke Parlimen. YB call YB Khalid Samad pula. Nasib baik YB Khalid Samad juga belum sampai. Kami sampai di Parlimen pukul 9.35 pagi. Kebetulan masa tu YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi pun sampai diiringi dengan 5 buah kereta bodyguard dia berserta 6 anggota polis trafik menaiki motor. Kami mengikuti belakang kereta yang mengiringi Perdana Menteri. Sampai di perkarangan Parlimen, memang keadaan kenderaan terlalu sesak hingga saya parking kereta dalam keadaan bertindih dengan kereta MP lain. YB dah turun dah sebelum saya parking tu.

Pukul 9.57 pagi, DYMM Sri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Sultan Mizan tiba dengan diringi pegawai-pegawai istana serta pasukan pengiring dari angkatan tentera. Saya sempat merakamkan video ketibaan baginda sehingga memasuki kawasan dataran Parlimen. Kemudian acara peramian dan pemeriksaan perbarisan pasukan pancaragam pun bermula. Yang Di Pertuan Agong diiringi YAB Perdana Menteri memeriksa perbarisan pasukan tentera. Acara tu saya rasa terkilan sebab tak dapat rakam. Saya lihat dari jauh je sebab dikawal oleh polis.

Lebih kurang 15 minit menyaksikan upacara tersebut, saya call Umar, Azuan dan Mohd Zad ajak pergi kantin. Rupanya diorang memang kat sana. Kami lepak kantin lebih kurang 40 minit. Lepas tu kami pergi ke kawasan parking kereta. Rupanya kami dapati, semua MP, Yang Dipertuan Agong dan menteri-menteri sudah masuk ke dalam Dewan Rakyat untuk mendengar titah baginda Yang Di Pertuan Agong. Umar ajak saya dan Azuan pergi lepak dekat Pejabat Agong PAS, Jalan Raja Laut. Saya cakap dengan dia saya malas  nak kesana sebab takut tak sempat nak ambil YB. Dia pun pergilah seorang ke Pejabat Agong PAS.

Memang saya mengantuk sangat tadi. Ingatkan nak tidur dalam kereta. Tapi cuaca panas. Saya ajak Azuan naik kereta YB pergi Tasik Perdana. Lagi pun dekat je. Kat situ banyak pokok rendang. Boleh la melelapkan mata. Hehe. Kami lepak sana sampai la pukul 12.40 tengahari. YB Hj Roslan Shaharom mula call si Azuan suruh jemput dia. Katanya program dah habis. Lepas tu kami pun menuju ke Parlimen. Macam semalam jugak. YB Dr Dzul keluar lambat. Si Azuan dah beredar bersama bos dia. Dia kata, semua MP PAS ada mesyuarat di Pejabat Agong PAS, Jalan Raja Laut. Maknanya YB Dr Dzul pun kena pergi juga la sana.

Memang betulla. Selepas jemput YB, YB kata nak pergi Pejabat Agong PAS. Ada mesyuarat bersama Presiden katanya. Kami pun pergilah kesana. Tapi sebelum ke Pejabat Agong PAS, YB suruh hantar Ibu Lin dulu ke pejabatnya. Sampai je di Pejabat Agong PAS, saya pun lepak la di Ground Floor macam biasa. Pukul 5.00 petang, saya diminta oleh Abg Faiz (sahabat saya juga) untuk hantar kakak dia iaitu Senator Mumtaz Mohd Nawi ke KL Sentral. Katanya kakaknya nak balik Kelantan. Flight pukul 7.00 malam. Lepas hantar kakaknya, saya balik semula ke Pejabat Agong.  Saya tengok ramai MP PAS dah nak beredar tapi tak dapat sebab kereta YB yang saya parking menghalang kereta mereka keluar. Semua tengah tunggu saya. Saya pun buat muka seposen dan mintak maaf je la. Hehe.

Lepas dari itu saya pun hidupkan enjin kereta dan bergerak ke hadapan bangunan Pejabat Agong PAS sambil tunggu YB turun. Bila YB dah turun, kami pun ke pejabat Ibu Lin untuk jemput dia pulang. Pukul 6.54 petang tiba dirumah YB dan saya pun terus ambil motor dan balik la, apa lagi.

BERSAMBUNG…..

Advertisements

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s