CATATAN HARI INI 28 APRIL 2008 (ISNIN)

Salam…..

Hari ni merupakan detik bersejarah bagi saya. Mana taknya, hari ni buat pertama kali saya menjejakkan kaki ke Parlimen Malaysia setelah hampir 10 tahun saya mula kenal politik ni. Rasa gemuruh jugak la sebab dapat berjumpa orang-orang besar negara yang saya paling cukup menyampah. Sebab apa menyampah, faham-faham aje la. Hehe.

Pagi ni saya keluar awal. Pukul 7.00 pagi saya dah mula berangkat kerumah YB. Sampai rumah YB dalam pukul 7.40 pagi. YB dan Ibu Lin dah bersiap dah. Dengan pakaian lengkap baju melayu hitam sepasang beserta sampin. Memang segak la. Kebetulan anak YB, Muaz yang jadi artis nasyid yang tengah naik tu pun ada. Saya sempat la berkenalan dengan dia. Saya dengar lagu dia masuk Anugerah Industri Nasyid (AIM) yang akan diadakan kalau tak silap bulan Mei ni atau Jun di PWTC. Tak ingat la. Saya pun dah lama tak mengikuti perkembangan nasyid ni dah. Sibuk.

Kami mula berangkat ke Parlimen pada pukul 8.20 pagi sebab semua Ahli Parlimen kena tiba sebelum pukul 9.30 pagi. Hari ni pula Majlis angkat sumpah depan Yang Dipertua, Speaker Dewan Rakyat YB Tan Sri Datuk Pandikar Amin bin Hj Mulia (gambar). Sampai sahaja di bangunan Parlimen, saya lihat ramai Ahli Parlimen sudah hadir samada dari BN atau Pakatan Rakyat termasuk juga Menteri-menteri. Saya kemudian menuju ke pinta masuk lobi Parlimen dan turunkan YB dan Ibu Lin.

Selepas dari itu, saya pun mula mencari tempat parking kereta. Saya mendapat tempat parking yang agak jauh dari bangunan disebabkan arahan daripada anggota polis trafik yang mengarahkan saya parking berdekatan dengan pintu pagar bangunan parlimen. Selepas mengunci kereta YB, saya pun kembali ke kawasan parking utama Ahli Parlimen. Saya dapati ramai pemandu-pemandu macam saya berkumpul di situ. ada yang berkumpul bawah pokok dan ada yang berkumpul di tepi kolam berhampiran dengan pintu masuk lobi Parlimen.

Saya kemudiannya menghubungi tiga orang sahabat saya yang juga pemandu YB macam saya. Mereka ialah Mohd Zad (pemandu YB Dato’ Kamarudin Jaafar), Umar (pemandu YB Dr Mariah Mahmud) dan Azuan (pemandu YB Hj Roslan Shaharom). Rupanya diorang dah tiba awal dan telah berada di kantin. Saya pun menujulah ke kantin berjumpa diorang sambil sarapan.

    

Mohd Zad             Umar              Azuan            Ehsan

Lepas sahaja sarapan dan bersembang, seorang lagi sahabat baru iaitu Ehsan (pemandu merangkap pegawai khas YB Dr Lo’Lo’ Datuk Hj Ghazali) mengajak saya Umar dan Azuan naik ke bahagian kewangan ditingkat 11 bangunan Parlimen untuk bertanyakan bagaimana nak claim elaun untuk Ahli Parlimen. Sampai di tingkat 11, kami diperkenalkan dengan Puan Rohana yang mengendalikan urusan claim tersebut. Selepas mendapat keterangan, kebetulan dekat pejabat tu ada tv, kami minta kebenaran dengan Puan Rohana untuk tengok majlis angkat sumpah yang diadakan siaran langsung seluruh Malaysia. Puan Rohana kata dia tak kisah. Kami pun apa lagi, lepak la kat situ sampai habis majlis.

lepak dekat pejabat bahagian kewangan

YB Hj Roslan Shaharom angkat sumpah

YB Dato’ Ibrahim Ali angkat sumpah hingga ditegur seorang MP BN kerana tidak mematuhi peraturan pakaian

Selepas habis majlis angkat sumpah, kami pun bergegas turun untuk tunggu YB masing-masing keluar dari Parlimen sebab ramai Ahli Parlimen dah mula keluar. Jam pula sudah menunjukkan pukul 11.57 pagi. Lepas habis Majlis Angkat Sumpah ni dah takde apa acara lagi dah. Cuma nak tunggu esok Yang Di-Pertuan Agong Sultan Mizan akan hadir untuk menyampaikan titah baginda.

Semasa kami menunggu YB masing-masing, ada sahabat saya dari Perak pun hadir untuk berjumpa dengan Datuk Seri Rafidah Aziz untuk sampaikan memo bantahan berkenaan petisyen pilihan raya umum lalu. Bila Datuk Seri Rafidah Aziz keluar je, sahabat saya ni pun terus menuju pada dia dan nyatakan hasrat tujuan kedatangan dia. Mula-mula saya tengok Datuk Seri Rafidah ceria, tapi bila sahabat saya tu tunjukkan memo tu terus muka dia berubah. Dia tak ambil pun memo tu dan dia bagi tahu sahabat saya tu dia akan rujuk peguam dia. Kemudian pemandu dia datang terus dia cepat-cepat masuk dalam kereta. Saya pun sempat ambil gambar dia.

Kami menunggu YB masing-masing. Turrut kelihatan sahabat saya dari Perak yang ditengah sedang menanti Datuk Seri Rafidah Aziz

sahabat saya dari Perak terus menuju ke arah Datuk Seri Rafidah Aziz sebaik sahaja dia keluar

kelihatan YB Nurul Izzah Anwar juga keluar dari Dewan Rakyat sedang berbual-bual dengan sapa ntah

Lebih kurang setengah jam saya menunggu, barulah YB Dr Dzul dan Ibu Lin keluar dari dewan Parlimen bersama YB Dr Hatta Ramli dan isteri. Tiga orang sahabat saya tadi telah meninggalkan parlimen bersama YB masing-masing. Selepas itu, YB minta saya hantar dia ke hospital Selangor Medical Centre (SMC) di Shah Alam kerana YB nak melawat rakan karibnya sewaktu sekolah dulu yang sedang sakit. Kami tiba pada pukul 1.40 petang. Selepas je saya turunkan YB dan Ibu Lin di pintu masuk hospital, saya pun bagi tahu YB nak solat Zohor di masjid berhampiran. Selepas solat dan makan, saya sms YB ingatkan dia program di Port Dickson tapi YB tak respon.

YB Dr Hatta dan Yb Dr Dzul mula keluar dari Dewan Rakyat dan dibelakang ialah Ibu LIn dan isteri YB Dr Hatta.

Pukul 3.50 petang baru YB keluar. Dalam kereta, saya tanya YB program di Port Dickson. YB cakap dia pun tengah pening. Mana satu nak diutamakan. YB cakap program di Port Dickson mula pukul 8.30 malam. Waktu yang sama pula YB ada makan malam bersama semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat termasuk Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Parlimen. YB cakap dua-dua penting. Kemudian, tanpa ada sebarang keputusan, YB ajak balik rumah dia dulu.

Selepas solat asar bersama YB dirumahnya, YB suruh saya berehat di sebuah bilik dalam rumah dia. Saya pun apa lagi, gunalah kesempatan yang ada. Tidurlah, apa lagi. Tapi saya tak tidur atas katil macam yang YB suruh. Saya tidur duduk sambil bersandar dekat dinding. Tak biasa la tidur rumah orang. Saya ni pulak jenis tidur ganas.

Pukul 7.10 malam saya tersedar. Kemudian saya terus siap-siap untuk solat maghrib. Masa tu anak lelaki YB yang sorang lagi pun balik. Nama dia Mus’ab. Dia adik Muaz dan sebaya saya. Sebelum ni tak jumpa lagi walaupun dah dua minggu kerja dengan YB. Mus’ab ni grafik designer. Memang dia sibuk. saya yang buat part time design grafik ni pun sibuk la juga. Ni pulak dia yang fulltime. Masuk je waktu Maghrib, kami solat berjemaah dengan YB. YB kata kat saya, malam ni batal urusan ke Port Dickson sebab YB dah buat keputusn nak pergi makan malam di Parlimen.

Pukul 7.45, saya YB dan Ibu Lin pun mula berangkat ke Parlimen. Dalam perjalanan, YB call YB Dr Hatta Ramli nak tahu samada YB Dr Hatta juga bawa isteri dia. YB Dr Hatta kata, dia tak bawa isteri dan program tu memang tidak dibenarkan membawa pasangan disebabkan ada perbincangan mengenai Pakatan Rakyat selepas makan malam. YB Dr Dzul pun jadi panik sebab dia bawa Ibu Lin sekali. Kemudian Ibu Lin bagi tahu yang dia tak kisah. Kemudian dia cakap nak jumpa Muaz di rumah dia di Bangsar. Lepas turunkan YB, saya terus hantar Ibu Lin ke Bangsar. Ibu Lin cakap dia akan minta Muaz hantar dia balik sebab kebetulan Muaz pun nak ke hospital Selangor Medical Centre untuk ziarah kawan YB tadi.

Lepas turunkan Ibu Lin, saya pula terus ke Pejabat Agong PAS Jalan Raja Laut untuk hantar surat kepada Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat berhubung lawatan kerja saya bersama beberapa ALP Unit Amal Pusat ke Sarawak.Surat tersebut adalah untuk memohon peruntukan membayar tambang penerbangan kami. Sebenarnya malam ni memang saya dikehendaki hadir kerana Dewan Pemuda PAS Pusat hendak berjumpa dengan Setiausaha atau wakil jabatan dalam DPPP berserta Nisa Malaysia. Memandangkan Timbalan Ketua Pengarah 1 saya telah hadir maka saya serahkan urusan kepadanya mewakili Jabatan Amal Malaysia.

Pukul 10.40 malam, YB call saya supaya jemput dia di Parlimen. Katanya program dah habis. Saya pun mula bergegas kesana. Dalam perjalanan, Ibu Lin sms saya minta jemput dia di Masjid Negara pula selepas jemput YB. Kata Ibu Lin, anaknya Muaz tak jadi nak ke hospital SMC disebabkan hari telah lewat. Lepas ambil YB dan Ibu Lin  di Masjid Negara, kami pun pulang kerumah YB. Kami tiba pukul 11.10 malam dan saya terus parking kereta YB dan terus pulang.

BERSAMBUNG….

Advertisements

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s