CATATAN HARI INI 25 APRIL 2008 (JUMAAT)

Salam,

Macam biasa seperti pagi-pagi yang lepas. Ringkas cerita, sampai di Kuala Lumpur, YB minta turunkan dia dulu bersama tetamu beliau semalam di Pejabat Agong PAS Jalan Raja Laut, kemudian baru dia suruh hantar Ibu Lin ke pejabat. YB kata, dia ada perjumpaan dengan beberapa orang. Malas nak tanya.

Selepas hantar Ibu Lin, saya kembali ke Pejabat Agong PAS kemudian saya ke kedai depan bangunan Pejabat Agong. Tujuan saya ialah nak beli stoking. Kan semalam hujan lebat. Baju, seluar, kasut dan stoking basah kuyup la. Yang kat dalam tak payah cerita la. Nanti kena gam. Tu yang saya kena beli stoking baru. Kalau tak, harum semerbak la kaki saya. Hehehe. Dua pasang saya beli. Satu pakai dan satu lagi simpan di Pejabat Agong. Mana tahu ada emergency ke. Hehehe.

Balik ke Pejabat Agong, lepak dan borak dengan Abg Champ dalam setengah jam lepas tu saya pun naik ke pejabat YB kat tingkat 3. Bukan apa. Tekak kering dan lapar la jugak. Saya masuk dalam bilik mesyuarat kemudian saya tengok Kak Jamilah (kakitangan YB Dr Dzul) tengah buat air untuk tetamu YB yang ingin berjumpa YB. Saya pun bodek la Kak Jamilah buatkan saya air satu. Memang dia dah siapkan satu jag air teh ‘o’. Emmm…. saya ni teh ‘o’ kurang minum sangat. Saya pun meninjau dalam kabinet. Alhamdulillah… ada sachet kopi Power Root Ali Cafe. Hehehe. Apa lagi, bancuh la segelas kemudian makan biskut coklat.

Lepas je minum, saya ke pejabat YB. Saya ingatkan dia baju melayu yang dia tempah untuk ke Parlimen Isnin ni. Dia suruh saya pergi ambil di sebuah kedai jahit dalam Kompleks Pertama. Saya pun pergilah dengan kereta YB. Alamak…silap pulak sebab bawak kereta. Jalan jem wooo. Lagi pun jam dah pukul 12.32 tengahari. Nanti lambat nak pergi solat Jumaat. Kalau saya tahu pinjam motor kawan lagi senang. Nasib baik saya tiba dalam 15 minit je. Saya pun parking dekat tepi jalan sebelah Kompleks Pertama dan terus masuk ke dalam. Harap-harap takdela DBKL saman parking

Sampai di Pejabat Agong jam telah menunjukkan pukul 1.18 petang. Nasib baik YB dah tunggu dekat Ground Floor. Tak payah saya nak panggil. Kemudian, kami pun menuju masjid di bulatan Jalan Pahang. Selesai solat, kami balik Pejabat Agong semula sebab YB tertinggal barang dan lepas tu kami terus ke Kuala Selangor. Kalau ikut jadual, YB ada dialog dengan penduduk di Taman Sirambai, Kuala Selangor. YB bagi tahu dia lapar tapi nak berhenti makan takut tak sempat. Kami pun meneruskan perjalan ke Kuala Selangor melalui lebuhraya Utara -Selatan. Sampai di Restoran Jejantas, Sg Buloh, YB minta singgah sekejap untuk beli fastfood (KFC). Masuk je dalam kereta YB terus makan. Kesian boss saya ni. Dah 3 kali dia makan dalam kereta. Nasib baik dia belikan untuk saya sekali. Saya pun lapar jugak. Hehehe.

Kami sampai Kuala Selangor pukul 3.45 petang. Kami lihat di sebuah dewan di Taman Sirambai, orang ramai telah mula hadir. Saya pun menurunkan YB dan mencari parking. Setelah beberapa lama, YB diminta berucap seterusnya berdialog dengan penduduk berkenaan dengan masalah yang dihadapi. Majlis tersebut juga dihadiri ADUN Melawati iaitu YB M.P Multhiah dari parti Keadilan, Kakitangan Pusat Zakat Selangor serta wartawan Sinar.

dewan orang ramai Tmn Sirambai

beberapa penduduk sedang berehat2 diluar dewan sambil mendengar ucapan YB

penduduk Tmn Sirambai mendengar ucapan YB

YB memberikan ucapan

Selepas berdialog, YB bersolat bersama beberapa penduduk di surau berhampiran dengan diimami oleh YB sendiri. Selepas solat,seorang wakil penduduk meminta YB melihat dua keluarga yang rumahnya dalam keadaan dhaif. Seorang daripadanya ibu tunggal muda dengan tiga anak. Kami pun teru menuju ke kampung berkenaan. Setibanya disana, YB ditunjukkan dengan rumah tersebut. Hati saya menjadi sebak ketika merakamkan gambar rumah serta penghuninya. Boleh dikatakan keluasan rumah tersebut hanyalah 12′ x 10′ kaki. Menurut wakil Pusat Zakat Selangor, kes rumah tersebut telah diketahui oleh Pusat Zakat Selangor dan dalam proses untuk mengeluarkan wang zakat sebanyak RM 20,000. Manakala sebuah rumah lagi yang diduduki ibu tunggal muda pula baru sahaja diketahui memandangkan penghuni tersebut masih baru tinggal disitu. Dari apa yang disampaikan, suami kepada ibu tunggal muda tersebut baru 3 bulan meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan.

YB pun bertanya khabar kepada ibu tunggal muda tersebut dan YB telah mendengar kisah yang dilalui dari ibu mertuanya hal keadaan keluarga serta kediamannya. Menurut ibu mertua ibu tunggal tersebut, dia sedang dalam proses untuk mendapatkan hak tanah rumah yang didiami oleh menantunya. YB meminta supaya Abg Maskor merekodkan masalah ibu tunggal muda tadi bersama ibu mertuanya untuk dirujuk kepada pihak yang berkenaan.

Selepas menyaksikan kedua-dua rumah tersebut, YB dijemput kerumah seorang penduduk untuk minum petang dan makan kuih. Hehehe. Yang ni la yang ditunggu-tunggu saya. Sambil menyelam minum air. Hampir jam pukul 7.00 malam, saya dan YB pun beredar pulang. Menurut Abg Maskor, B tak ada jadual untuk malam. Jadi kami pun terus berangkat pulang ke Shah Alam. Sampai dirumah YB jam 8.50 malam. Boleh kata hari ni awal la jugak kami balik. Saya pun cepat-cepat la cabut balik rumah selepas parking kereta YB.

BERSAMBUNG……

Advertisements

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s