PENGENALAN

Assalamualaikum….

Sebenarnya tujuan saya mewujudkan blog ini adalah disebabkan ingin berkongsi pengalaman saya yang kini bekerja sebagai seorang pemandu peribadi kepada wakil rakyat parlimen Kuala Selangor. Beliau ialah YB Dr Dzulkifli Hj Ahmad.

YB Dr Dzul, merupakan AJK PAS Pusat. diberi amanah menerajui Pusat Penyelidikan PAS. Pada pilihanraya umum ke 12 yang lalu, beliau diamanahkan untuk bertanding di Parlimen Kuala Selangor menentang calon Barisan Nasional Jahaya Ibrahim dengan kemenangan majoriti 860 undi.

Blog ini diwujudkan atas kemahuan saya sendiri. Dan ianya bukanlah atas arahan YB Dr Dzulkifli Ahmad. Sebenarnya YB juga akan mewujudkan samada blog atau website beliau sendiri dan saya dimaklumkan anaknya yang akan mengendalikan website atau blog tersebut. Cuma ianya belum dibuat lagi. Jadi sebelum tertubuhnya blog atau website YB Dr Dzulkifli Ahmad, orang ramai boleh mengetahui sedikit sebanyak maklumat serta aktiviti YB melalui blog saya ini.

Masuk ke hari ini, saya baru 5 hari bekerja bersama YB Dr Dzulkifli Ahmad yang mana hari pertama saya mula bekerja pada 10 April lalu. Sebelum ni saya bekerja sebagai penghantar barang disebuah syarikat pengedar produk perubatan berasaskan herba dari India. Hampir 6 tahun saya bekerja. Dari segi gaji pula, memanglah boleh dikatakan melebihi dari gaji saya bekerja bersama YB ni. Kalau ikutkan, ayah saya tak suka saya berhenti kerja dengan syarikat lama tempat saya bekerja tu. Dia kata buat ape berhenti, kerja dah stabil dan tiap-tiap tahun ada bonus pulak tu. Tapi dia tak bagi tahu saya depan-depan. Dia bagi tahu pada mak saya je.

Saya bagi tahu mak supaya dia jelaskan pada ayah, rezeki ada dimana-mana. Kalau kita bekerja kerana Allah, InsyaAllah akan ada rezeki untuk kita. Kalau kita bekerja bukan kerana Allah pun, dia tetap bagi rezeki. Cuma keberkatan sahajalah yang kita tak dapat. Alhamdulillah, mak saya memang menyokong saya. Dia lebih memahami saya dari ayah saya.

Bagi saya, saya memilih bekerja dengan YB Dr Dzulkifli ni ada beberapa sebab. Yang pertamanya kerana ingin menimba pengalaman. Kedua, saya memilih bekerja dengan YB adalah supaya saya mudah untuk melaksanakan gerak kerja saya dalam Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan dan Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat tanpa perlu menipu majikan sekiranya ingin mengambil cuti untuk menjalankan kerja saya bersama parti. Yang ketiganya, saya ingin lihat sendiri perbezaan tugasan wakil rakyat dari Pakatan Rakyat dengan tugasan wakil rakyat dari Barisan Nasional. Adakah menjadi wakil rakyat ni demi nak mengumpulkan kekayaan ataupun demi ingin melaksanakan amanah dari rakyat.

Walaubagaimanapun, setelah 5 hari saya bekerja dengan YB Dr Dzulkifli Ahmad ni, saya merasakan yang tanggungjawabnya sangatla berat disebabkan beliau menjadi wakil rakyat adalah kerana ingin melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat. Boleh dikatakan setiap hari saya membawa beliau kesana kemari sehingga lewat malam pun beliau menghadiri program bertemu rakyat. Saya yang menjadi pemandu ni pun penat, macam manalah keadaan beliau. Dari sinilah saya nampak perbezaannya wakil rakyat yang buat kerja kerana Allah berbanding dengan yang ingin mendapat kekayaan. Kadang-kadang tak sempat makan pun disebabkan memenuhi jadual beliau yang penuh. Beliau pernah makan dalam kereta yang saya pandu disebabkan bimbang terlewat menghadiri program bersama rakyat.

Saya rasa cukuplah saya ceritakan mengenai pengenalan kenapa saya wujudkan blog saya ni. Untuk mengetahui lebih lanjut aktiviti Yb Dr Dzulkifli Ahmad, saya akan ceritakan dari hari kehari.

 

Advertisements

1 Comment

  1. semoga istiqamah dalam perjalanan hidup yg sementara ni dan cekal hdapi dugaan mendatang! kim slm kat YB Zul:)


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s