CATATAN HARI INI 29 APRIL 2008 (SELASA)

Hari Kedua pergi Parlimen.

Salam……

Pagi ni macam semalam juga. Pukul 7.00 pagi saya sudah berangkat dari rumah ke rumah YB. Semalam Umar bagi tahu, semua Ahli Parlimen perlu tiba di Parlimen pukul 8.45 pagi. Hari ini merupakan hari Yang Di Pertuan Agong, Sultan Mizan akan membaca titah baginda kepada semua Ahli Parlimen. Saya tiba dirumah YB pukul 7.42 pagi. Saya tengok YB dah siap tapi dia bagi tahu saya, majlis hari ni bermula pukul 10.00 pagi.

Bila YB cakap macam tu, saya pun tak la nak tergesa-gesa. YB masuk dalam rumah balik. Kami mula berangkat dari rumah YB pukul 8.30 pagi. Baru je 200 meter bergerak, YB ajak singgah di restoran sebab YB nak sarapan. YB ajak saya makan tapi saya bagi tahu dia saya dah makan nasi lemak sebelum sampai rumah YB. YB makan roti canai sekeping je. Ketika sedang makan, YB call YB Dr Hatta. YB Dr Hatta tanya YB kenapa tak sampai-sampai lagi. Katanya ramai Ahli Parlimen telah tiba dan berkumpul di perkarangan Parlimen. YB mula panik. Betullah kata Umar semalam. Semua MP kena hadir jam 8.45 pagi.

Baru tiga suap YB makan roti canai, terus YB ajak saya pergi. Masa YB tengah makan, Ibu Lin bawak kereta pergi bank untuk keluarkan duit sebab YB takde tunai.  Bila YB cakap Yb takde duit dalam poket, saya pun bayarkan dulu roti canai YB dan air teh ‘o’ bersama nescafe ‘o’ saya yang juga tak sempat nak minum sebab panas. Lepas sahaja iIbu Lin sampai, baru YB ganti duit saya. Berlebih pulak tu. Hehe.

Kami pun mula bergegas ke Parlimen. YB call YB Khalid Samad pula. Nasib baik YB Khalid Samad juga belum sampai. Kami sampai di Parlimen pukul 9.35 pagi. Kebetulan masa tu YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi pun sampai diiringi dengan 5 buah kereta bodyguard dia berserta 6 anggota polis trafik menaiki motor. Kami mengikuti belakang kereta yang mengiringi Perdana Menteri. Sampai di perkarangan Parlimen, memang keadaan kenderaan terlalu sesak hingga saya parking kereta dalam keadaan bertindih dengan kereta MP lain. YB dah turun dah sebelum saya parking tu.

Pukul 9.57 pagi, DYMM Sri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Sultan Mizan tiba dengan diringi pegawai-pegawai istana serta pasukan pengiring dari angkatan tentera. Saya sempat merakamkan video ketibaan baginda sehingga memasuki kawasan dataran Parlimen. Kemudian acara peramian dan pemeriksaan perbarisan pasukan pancaragam pun bermula. Yang Di Pertuan Agong diiringi YAB Perdana Menteri memeriksa perbarisan pasukan tentera. Acara tu saya rasa terkilan sebab tak dapat rakam. Saya lihat dari jauh je sebab dikawal oleh polis.

Lebih kurang 15 minit menyaksikan upacara tersebut, saya call Umar, Azuan dan Mohd Zad ajak pergi kantin. Rupanya diorang memang kat sana. Kami lepak kantin lebih kurang 40 minit. Lepas tu kami pergi ke kawasan parking kereta. Rupanya kami dapati, semua MP, Yang Dipertuan Agong dan menteri-menteri sudah masuk ke dalam Dewan Rakyat untuk mendengar titah baginda Yang Di Pertuan Agong. Umar ajak saya dan Azuan pergi lepak dekat Pejabat Agong PAS, Jalan Raja Laut. Saya cakap dengan dia saya malas  nak kesana sebab takut tak sempat nak ambil YB. Dia pun pergilah seorang ke Pejabat Agong PAS.

Memang saya mengantuk sangat tadi. Ingatkan nak tidur dalam kereta. Tapi cuaca panas. Saya ajak Azuan naik kereta YB pergi Tasik Perdana. Lagi pun dekat je. Kat situ banyak pokok rendang. Boleh la melelapkan mata. Hehe. Kami lepak sana sampai la pukul 12.40 tengahari. YB Hj Roslan Shaharom mula call si Azuan suruh jemput dia. Katanya program dah habis. Lepas tu kami pun menuju ke Parlimen. Macam semalam jugak. YB Dr Dzul keluar lambat. Si Azuan dah beredar bersama bos dia. Dia kata, semua MP PAS ada mesyuarat di Pejabat Agong PAS, Jalan Raja Laut. Maknanya YB Dr Dzul pun kena pergi juga la sana.

Memang betulla. Selepas jemput YB, YB kata nak pergi Pejabat Agong PAS. Ada mesyuarat bersama Presiden katanya. Kami pun pergilah kesana. Tapi sebelum ke Pejabat Agong PAS, YB suruh hantar Ibu Lin dulu ke pejabatnya. Sampai je di Pejabat Agong PAS, saya pun lepak la di Ground Floor macam biasa. Pukul 5.00 petang, saya diminta oleh Abg Faiz (sahabat saya juga) untuk hantar kakak dia iaitu Senator Mumtaz Mohd Nawi ke KL Sentral. Katanya kakaknya nak balik Kelantan. Flight pukul 7.00 malam. Lepas hantar kakaknya, saya balik semula ke Pejabat Agong.  Saya tengok ramai MP PAS dah nak beredar tapi tak dapat sebab kereta YB yang saya parking menghalang kereta mereka keluar. Semua tengah tunggu saya. Saya pun buat muka seposen dan mintak maaf je la. Hehe.

Lepas dari itu saya pun hidupkan enjin kereta dan bergerak ke hadapan bangunan Pejabat Agong PAS sambil tunggu YB turun. Bila YB dah turun, kami pun ke pejabat Ibu Lin untuk jemput dia pulang. Pukul 6.54 petang tiba dirumah YB dan saya pun terus ambil motor dan balik la, apa lagi.

BERSAMBUNG…..

Advertisements

CATATAN HARI INI 28 APRIL 2008 (ISNIN)

Salam…..

Hari ni merupakan detik bersejarah bagi saya. Mana taknya, hari ni buat pertama kali saya menjejakkan kaki ke Parlimen Malaysia setelah hampir 10 tahun saya mula kenal politik ni. Rasa gemuruh jugak la sebab dapat berjumpa orang-orang besar negara yang saya paling cukup menyampah. Sebab apa menyampah, faham-faham aje la. Hehe.

Pagi ni saya keluar awal. Pukul 7.00 pagi saya dah mula berangkat kerumah YB. Sampai rumah YB dalam pukul 7.40 pagi. YB dan Ibu Lin dah bersiap dah. Dengan pakaian lengkap baju melayu hitam sepasang beserta sampin. Memang segak la. Kebetulan anak YB, Muaz yang jadi artis nasyid yang tengah naik tu pun ada. Saya sempat la berkenalan dengan dia. Saya dengar lagu dia masuk Anugerah Industri Nasyid (AIM) yang akan diadakan kalau tak silap bulan Mei ni atau Jun di PWTC. Tak ingat la. Saya pun dah lama tak mengikuti perkembangan nasyid ni dah. Sibuk.

Kami mula berangkat ke Parlimen pada pukul 8.20 pagi sebab semua Ahli Parlimen kena tiba sebelum pukul 9.30 pagi. Hari ni pula Majlis angkat sumpah depan Yang Dipertua, Speaker Dewan Rakyat YB Tan Sri Datuk Pandikar Amin bin Hj Mulia (gambar). Sampai sahaja di bangunan Parlimen, saya lihat ramai Ahli Parlimen sudah hadir samada dari BN atau Pakatan Rakyat termasuk juga Menteri-menteri. Saya kemudian menuju ke pinta masuk lobi Parlimen dan turunkan YB dan Ibu Lin.

Selepas dari itu, saya pun mula mencari tempat parking kereta. Saya mendapat tempat parking yang agak jauh dari bangunan disebabkan arahan daripada anggota polis trafik yang mengarahkan saya parking berdekatan dengan pintu pagar bangunan parlimen. Selepas mengunci kereta YB, saya pun kembali ke kawasan parking utama Ahli Parlimen. Saya dapati ramai pemandu-pemandu macam saya berkumpul di situ. ada yang berkumpul bawah pokok dan ada yang berkumpul di tepi kolam berhampiran dengan pintu masuk lobi Parlimen.

Saya kemudiannya menghubungi tiga orang sahabat saya yang juga pemandu YB macam saya. Mereka ialah Mohd Zad (pemandu YB Dato’ Kamarudin Jaafar), Umar (pemandu YB Dr Mariah Mahmud) dan Azuan (pemandu YB Hj Roslan Shaharom). Rupanya diorang dah tiba awal dan telah berada di kantin. Saya pun menujulah ke kantin berjumpa diorang sambil sarapan.

    

Mohd Zad             Umar              Azuan            Ehsan

Lepas sahaja sarapan dan bersembang, seorang lagi sahabat baru iaitu Ehsan (pemandu merangkap pegawai khas YB Dr Lo’Lo’ Datuk Hj Ghazali) mengajak saya Umar dan Azuan naik ke bahagian kewangan ditingkat 11 bangunan Parlimen untuk bertanyakan bagaimana nak claim elaun untuk Ahli Parlimen. Sampai di tingkat 11, kami diperkenalkan dengan Puan Rohana yang mengendalikan urusan claim tersebut. Selepas mendapat keterangan, kebetulan dekat pejabat tu ada tv, kami minta kebenaran dengan Puan Rohana untuk tengok majlis angkat sumpah yang diadakan siaran langsung seluruh Malaysia. Puan Rohana kata dia tak kisah. Kami pun apa lagi, lepak la kat situ sampai habis majlis.

lepak dekat pejabat bahagian kewangan

YB Hj Roslan Shaharom angkat sumpah

YB Dato’ Ibrahim Ali angkat sumpah hingga ditegur seorang MP BN kerana tidak mematuhi peraturan pakaian

Selepas habis majlis angkat sumpah, kami pun bergegas turun untuk tunggu YB masing-masing keluar dari Parlimen sebab ramai Ahli Parlimen dah mula keluar. Jam pula sudah menunjukkan pukul 11.57 pagi. Lepas habis Majlis Angkat Sumpah ni dah takde apa acara lagi dah. Cuma nak tunggu esok Yang Di-Pertuan Agong Sultan Mizan akan hadir untuk menyampaikan titah baginda.

Semasa kami menunggu YB masing-masing, ada sahabat saya dari Perak pun hadir untuk berjumpa dengan Datuk Seri Rafidah Aziz untuk sampaikan memo bantahan berkenaan petisyen pilihan raya umum lalu. Bila Datuk Seri Rafidah Aziz keluar je, sahabat saya ni pun terus menuju pada dia dan nyatakan hasrat tujuan kedatangan dia. Mula-mula saya tengok Datuk Seri Rafidah ceria, tapi bila sahabat saya tu tunjukkan memo tu terus muka dia berubah. Dia tak ambil pun memo tu dan dia bagi tahu sahabat saya tu dia akan rujuk peguam dia. Kemudian pemandu dia datang terus dia cepat-cepat masuk dalam kereta. Saya pun sempat ambil gambar dia.

Kami menunggu YB masing-masing. Turrut kelihatan sahabat saya dari Perak yang ditengah sedang menanti Datuk Seri Rafidah Aziz

sahabat saya dari Perak terus menuju ke arah Datuk Seri Rafidah Aziz sebaik sahaja dia keluar

kelihatan YB Nurul Izzah Anwar juga keluar dari Dewan Rakyat sedang berbual-bual dengan sapa ntah

Lebih kurang setengah jam saya menunggu, barulah YB Dr Dzul dan Ibu Lin keluar dari dewan Parlimen bersama YB Dr Hatta Ramli dan isteri. Tiga orang sahabat saya tadi telah meninggalkan parlimen bersama YB masing-masing. Selepas itu, YB minta saya hantar dia ke hospital Selangor Medical Centre (SMC) di Shah Alam kerana YB nak melawat rakan karibnya sewaktu sekolah dulu yang sedang sakit. Kami tiba pada pukul 1.40 petang. Selepas je saya turunkan YB dan Ibu Lin di pintu masuk hospital, saya pun bagi tahu YB nak solat Zohor di masjid berhampiran. Selepas solat dan makan, saya sms YB ingatkan dia program di Port Dickson tapi YB tak respon.

YB Dr Hatta dan Yb Dr Dzul mula keluar dari Dewan Rakyat dan dibelakang ialah Ibu LIn dan isteri YB Dr Hatta.

Pukul 3.50 petang baru YB keluar. Dalam kereta, saya tanya YB program di Port Dickson. YB cakap dia pun tengah pening. Mana satu nak diutamakan. YB cakap program di Port Dickson mula pukul 8.30 malam. Waktu yang sama pula YB ada makan malam bersama semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat termasuk Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Parlimen. YB cakap dua-dua penting. Kemudian, tanpa ada sebarang keputusan, YB ajak balik rumah dia dulu.

Selepas solat asar bersama YB dirumahnya, YB suruh saya berehat di sebuah bilik dalam rumah dia. Saya pun apa lagi, gunalah kesempatan yang ada. Tidurlah, apa lagi. Tapi saya tak tidur atas katil macam yang YB suruh. Saya tidur duduk sambil bersandar dekat dinding. Tak biasa la tidur rumah orang. Saya ni pulak jenis tidur ganas.

Pukul 7.10 malam saya tersedar. Kemudian saya terus siap-siap untuk solat maghrib. Masa tu anak lelaki YB yang sorang lagi pun balik. Nama dia Mus’ab. Dia adik Muaz dan sebaya saya. Sebelum ni tak jumpa lagi walaupun dah dua minggu kerja dengan YB. Mus’ab ni grafik designer. Memang dia sibuk. saya yang buat part time design grafik ni pun sibuk la juga. Ni pulak dia yang fulltime. Masuk je waktu Maghrib, kami solat berjemaah dengan YB. YB kata kat saya, malam ni batal urusan ke Port Dickson sebab YB dah buat keputusn nak pergi makan malam di Parlimen.

Pukul 7.45, saya YB dan Ibu Lin pun mula berangkat ke Parlimen. Dalam perjalanan, YB call YB Dr Hatta Ramli nak tahu samada YB Dr Hatta juga bawa isteri dia. YB Dr Hatta kata, dia tak bawa isteri dan program tu memang tidak dibenarkan membawa pasangan disebabkan ada perbincangan mengenai Pakatan Rakyat selepas makan malam. YB Dr Dzul pun jadi panik sebab dia bawa Ibu Lin sekali. Kemudian Ibu Lin bagi tahu yang dia tak kisah. Kemudian dia cakap nak jumpa Muaz di rumah dia di Bangsar. Lepas turunkan YB, saya terus hantar Ibu Lin ke Bangsar. Ibu Lin cakap dia akan minta Muaz hantar dia balik sebab kebetulan Muaz pun nak ke hospital Selangor Medical Centre untuk ziarah kawan YB tadi.

Lepas turunkan Ibu Lin, saya pula terus ke Pejabat Agong PAS Jalan Raja Laut untuk hantar surat kepada Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat berhubung lawatan kerja saya bersama beberapa ALP Unit Amal Pusat ke Sarawak.Surat tersebut adalah untuk memohon peruntukan membayar tambang penerbangan kami. Sebenarnya malam ni memang saya dikehendaki hadir kerana Dewan Pemuda PAS Pusat hendak berjumpa dengan Setiausaha atau wakil jabatan dalam DPPP berserta Nisa Malaysia. Memandangkan Timbalan Ketua Pengarah 1 saya telah hadir maka saya serahkan urusan kepadanya mewakili Jabatan Amal Malaysia.

Pukul 10.40 malam, YB call saya supaya jemput dia di Parlimen. Katanya program dah habis. Saya pun mula bergegas kesana. Dalam perjalanan, Ibu Lin sms saya minta jemput dia di Masjid Negara pula selepas jemput YB. Kata Ibu Lin, anaknya Muaz tak jadi nak ke hospital SMC disebabkan hari telah lewat. Lepas ambil YB dan Ibu Lin  di Masjid Negara, kami pun pulang kerumah YB. Kami tiba pukul 11.10 malam dan saya terus parking kereta YB dan terus pulang.

BERSAMBUNG….

CATATAN HARI INI 25 APRIL 2008 (JUMAAT)

Salam,

Macam biasa seperti pagi-pagi yang lepas. Ringkas cerita, sampai di Kuala Lumpur, YB minta turunkan dia dulu bersama tetamu beliau semalam di Pejabat Agong PAS Jalan Raja Laut, kemudian baru dia suruh hantar Ibu Lin ke pejabat. YB kata, dia ada perjumpaan dengan beberapa orang. Malas nak tanya.

Selepas hantar Ibu Lin, saya kembali ke Pejabat Agong PAS kemudian saya ke kedai depan bangunan Pejabat Agong. Tujuan saya ialah nak beli stoking. Kan semalam hujan lebat. Baju, seluar, kasut dan stoking basah kuyup la. Yang kat dalam tak payah cerita la. Nanti kena gam. Tu yang saya kena beli stoking baru. Kalau tak, harum semerbak la kaki saya. Hehehe. Dua pasang saya beli. Satu pakai dan satu lagi simpan di Pejabat Agong. Mana tahu ada emergency ke. Hehehe.

Balik ke Pejabat Agong, lepak dan borak dengan Abg Champ dalam setengah jam lepas tu saya pun naik ke pejabat YB kat tingkat 3. Bukan apa. Tekak kering dan lapar la jugak. Saya masuk dalam bilik mesyuarat kemudian saya tengok Kak Jamilah (kakitangan YB Dr Dzul) tengah buat air untuk tetamu YB yang ingin berjumpa YB. Saya pun bodek la Kak Jamilah buatkan saya air satu. Memang dia dah siapkan satu jag air teh ‘o’. Emmm…. saya ni teh ‘o’ kurang minum sangat. Saya pun meninjau dalam kabinet. Alhamdulillah… ada sachet kopi Power Root Ali Cafe. Hehehe. Apa lagi, bancuh la segelas kemudian makan biskut coklat.

Lepas je minum, saya ke pejabat YB. Saya ingatkan dia baju melayu yang dia tempah untuk ke Parlimen Isnin ni. Dia suruh saya pergi ambil di sebuah kedai jahit dalam Kompleks Pertama. Saya pun pergilah dengan kereta YB. Alamak…silap pulak sebab bawak kereta. Jalan jem wooo. Lagi pun jam dah pukul 12.32 tengahari. Nanti lambat nak pergi solat Jumaat. Kalau saya tahu pinjam motor kawan lagi senang. Nasib baik saya tiba dalam 15 minit je. Saya pun parking dekat tepi jalan sebelah Kompleks Pertama dan terus masuk ke dalam. Harap-harap takdela DBKL saman parking

Sampai di Pejabat Agong jam telah menunjukkan pukul 1.18 petang. Nasib baik YB dah tunggu dekat Ground Floor. Tak payah saya nak panggil. Kemudian, kami pun menuju masjid di bulatan Jalan Pahang. Selesai solat, kami balik Pejabat Agong semula sebab YB tertinggal barang dan lepas tu kami terus ke Kuala Selangor. Kalau ikut jadual, YB ada dialog dengan penduduk di Taman Sirambai, Kuala Selangor. YB bagi tahu dia lapar tapi nak berhenti makan takut tak sempat. Kami pun meneruskan perjalan ke Kuala Selangor melalui lebuhraya Utara -Selatan. Sampai di Restoran Jejantas, Sg Buloh, YB minta singgah sekejap untuk beli fastfood (KFC). Masuk je dalam kereta YB terus makan. Kesian boss saya ni. Dah 3 kali dia makan dalam kereta. Nasib baik dia belikan untuk saya sekali. Saya pun lapar jugak. Hehehe.

Kami sampai Kuala Selangor pukul 3.45 petang. Kami lihat di sebuah dewan di Taman Sirambai, orang ramai telah mula hadir. Saya pun menurunkan YB dan mencari parking. Setelah beberapa lama, YB diminta berucap seterusnya berdialog dengan penduduk berkenaan dengan masalah yang dihadapi. Majlis tersebut juga dihadiri ADUN Melawati iaitu YB M.P Multhiah dari parti Keadilan, Kakitangan Pusat Zakat Selangor serta wartawan Sinar.

dewan orang ramai Tmn Sirambai

beberapa penduduk sedang berehat2 diluar dewan sambil mendengar ucapan YB

penduduk Tmn Sirambai mendengar ucapan YB

YB memberikan ucapan

Selepas berdialog, YB bersolat bersama beberapa penduduk di surau berhampiran dengan diimami oleh YB sendiri. Selepas solat,seorang wakil penduduk meminta YB melihat dua keluarga yang rumahnya dalam keadaan dhaif. Seorang daripadanya ibu tunggal muda dengan tiga anak. Kami pun teru menuju ke kampung berkenaan. Setibanya disana, YB ditunjukkan dengan rumah tersebut. Hati saya menjadi sebak ketika merakamkan gambar rumah serta penghuninya. Boleh dikatakan keluasan rumah tersebut hanyalah 12′ x 10′ kaki. Menurut wakil Pusat Zakat Selangor, kes rumah tersebut telah diketahui oleh Pusat Zakat Selangor dan dalam proses untuk mengeluarkan wang zakat sebanyak RM 20,000. Manakala sebuah rumah lagi yang diduduki ibu tunggal muda pula baru sahaja diketahui memandangkan penghuni tersebut masih baru tinggal disitu. Dari apa yang disampaikan, suami kepada ibu tunggal muda tersebut baru 3 bulan meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan.

YB pun bertanya khabar kepada ibu tunggal muda tersebut dan YB telah mendengar kisah yang dilalui dari ibu mertuanya hal keadaan keluarga serta kediamannya. Menurut ibu mertua ibu tunggal tersebut, dia sedang dalam proses untuk mendapatkan hak tanah rumah yang didiami oleh menantunya. YB meminta supaya Abg Maskor merekodkan masalah ibu tunggal muda tadi bersama ibu mertuanya untuk dirujuk kepada pihak yang berkenaan.

Selepas menyaksikan kedua-dua rumah tersebut, YB dijemput kerumah seorang penduduk untuk minum petang dan makan kuih. Hehehe. Yang ni la yang ditunggu-tunggu saya. Sambil menyelam minum air. Hampir jam pukul 7.00 malam, saya dan YB pun beredar pulang. Menurut Abg Maskor, B tak ada jadual untuk malam. Jadi kami pun terus berangkat pulang ke Shah Alam. Sampai dirumah YB jam 8.50 malam. Boleh kata hari ni awal la jugak kami balik. Saya pun cepat-cepat la cabut balik rumah selepas parking kereta YB.

BERSAMBUNG……

CATATAN HARI INI 24 APRIL 2008 (KHAMIS)

Salam…….

Pagi ni hujan begitu lebat. Bermula dari kira-kira pukul 7.00 pagi. Saya dah bersiap nak berangkat kerumah YB. Ternyata hujan terlalu lebat hingga jam sudah menunjukkan pukul 8.20 pagi. Biasanya pukul 7.30 pagi saya dah keluar dari rumah. Hujan mula reda pada pukul 8.35 pagi. Saya sms pada YB menceritakan keadaan cuaca dan saya akan tiba lewat sedikit kerumah YB anggaran pukul 9.15 pagi. YB kata ok dan dia suruh saya berhati-hati.

 

Ketika saya mula memasuki kawasan Shah Alam, saya dapati hujan lebat pula turun disana. Saya yang ingin segera tiba dirumah YB tidak lagi mempedulikan hal hujan tersebut. Apa lagi, basah kuyup la oooiiii. Sampai je rumah YB, bila YB nampak saya datang dia pun cepat-cepat keluar. Saya cakap pada YB saya nak tukar seluar. Saya nak pakai kain pelikat sebab seluar baju basah. YB cakap ok. Mungkin inilah pertama sekali berlaku dalam sejarah yang mana pemandu YB pakai kain pelikat. Hehehe. Lantak je la. YB tersenyum je tengok saya pakai kain. Walaubagaimanapun, saya tak lah nak memalukan YB. Saya tidak akan keluar kereta selagi saya pakai kain.

 

Kemudian, kami pun berangkat. Lokasi pertama, macam biasalah ke pejabat Agong PAS Jalan Raja Laut. Hari ni tak perlu hantar Ibu Lin.. Dia pergi pejabat bersama anaknya iaitu Mus’ab. Sampai di pejabat Agong PAS, YB naik ke pejabatnya untuk menyiapkan sedikit kerja. Saya pulak, tunggu YB di bahagian basement pejabat Agong PAS. Lepas parking kereta, saya cuba nak keringkan baju & seluar saya dengan menggunakan kipas di situ. Tapi tak kering-kering. Saya pun naik malas nak jemur. Perut lapar. Belum sarapan pagi. Pagi tadi makan karipap 3 ketul je sambil bawa motor semasa nak ke rumah YB.

 

Kemudian, saya bawa kereta dan saya tunggu YB di depan bangunan pejabat Agong PAS. Sebelum tu, saya lalu tepi restoran mamak di hujung bangunan deretan dari pejabat Agong PAS untuk beli mee goreng. Saya berhenti di tepi jalan dan saya pesan dari dalam kereta sahaja. Malu wooo nak keluar dengan pakai kain. Dah siap, saya tunggula pulak depan pejabat Agong sambil makan mee goreng dalam kereta. Lupa nak bagi tahu, YB puasa sunat hari ni. Tu sebab kena cepat-cepat makan. Bila YB turun, saya dah pun habis makan. Kemudaian lokasi seterusnya, kami ke Kuala Selangr sebab YB nak temuduga beberapa orang terdiri dari perempuan untuk bekerja membantu dia di pejabat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Kuala Selangor.

 

Kami tiba di Kuala Selangor pukul 12.28 tgh. Saya turunkan YB sebab saya nak pergi stesen minyak untuk pakai balik seluar saya. Kemudian YB suruh saya bawa handphone dia ke kedai yang dia beli handphone dia tu untuk diperiksa sebab ada masalah. Kemudian, saya pun singgah ke rumah sepupu saya yang berdekatan dengan pejabat YB di Kuala Selangor nak pinjam sterika untuk keringkan baju dan seluar saya.

 

Selepas selesai, saya kembali ke pejabat YB dan tunggu sehingga YB selesai menemuduga calon-calon pembantunya yang tiba. Saya tengok ramai jugak la yang datang termasuk yang nak buat aduan atau nak minta pertolongan pun ada. Saya pun lepak di bilik Abg Maskor (PA YB).

 

 

 

Setelah semuanya selesai, saya ingatkan YB tentang perjumpaan beliau dengan seseorang di pejabat Agong PAS pukul 6.00 petang. Dia mula terkejut disebabkan terlupa. Waktu tu jam sudah menunjukkan pukul 5.12 petang. Kami pun bersiap-siap untuk kembali ke pejabat Agong PAS. Kami tiba pukul 6.35 petang. Nasib baik orang yang ingin dijumpai boleh menunggu. Sampai je di pejabat Agong, YB baru teringat kunci pejabat dia tertinggal di Kuala Selangor. Walaubagaimanapun YB terus naik berjumpa dengan individu tersebut. Saya pulak, cam biasala tunggu di Groud Floor sambil siapkan kerja Unit Amal saya.

 

Pukul 7.15 malam, saya ingatkan YB samada dia hendak membeli sesuatu untuk berbuka memandangkan perbincangan beliau belum selesai. YB cakap, dia minum air jela. Selepas solat maghrib, kami kami pun bersiap untuk pulang. Individu yang YB jumpa tu YB ajak bermalam dirumah beliau. Sebelum pulang, kami ke pejabat Ibu Lin untuk jemput dia dan selepas itu YB ajak pergi makan di restoran makanan Pakistan di Jalan Ipoh berhampiran dengan Jalan Chow Kit. Saya makan capati 2 keping dengan kari kambing. Emm memang sedap. Perut tengah lapar. Capati pun panas. Apa lagi, tak cukup sekeping, YB order lagi untuk saya. YB dan individu tadi makan nasi beriani Pakistan. Ibu Lin pulak cam saya makan capati.

 

Habis je makan, kami terus balik ke Shah Alam. Sampai dirumah YB pukul 9.20 malam. Saya parking kereta macam biasa dan terus ambil motor dan pulang. BERSAMBUNG……

 

 

CATATAN HARI INI 23 APRIL 2008 (RABU)

Salam………

 

CATATAN HARI INI 22 APRIL 2008

ni Dewan Undangan Negeri Selangor…

ni dewan makan untuk semua ADUN dan Exco serta MB

semua ADUN yg baru kena daftarkan diri dulu di pintu masuk

semua ADUN PR dan BN serta Exco bergambar dengan MB serta Speaker DUN

Menteri Besar selangor ditemuramah selepas Majlis Angkat Sumpah semua ADUN dan Exco selesai

Timbalan Speaker juga ditemuramah

dan yang paling sibuk ditemuramah ialah bekas Menteri Besar

semua ADUN, Exco, MB serta Ahli Parlimen yang dijemput menjamu selera selepas Majlis Angkat Sumpah

 

 

Salam,

Bertemu lagi…Pagi ni mcm biasa. Sampai je rumah YB, saya siapkan kereta. Hari ni YB kata nk pergi Pejabat SUK di Menara Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah berhampiran rumah YB. Semua Ahli Parlimen (MP) Selangor dijemput menghadiri Majlis Angkat Sumpah semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Saya, YB dan Ibu Lin berangkat dari rumah ke Pejabat SUK pukul 9.32 pagi. Majlis bermula pukul 10.00 pagi. YB risau juga kalau datang terlalu awal. Dalam perjalanan YB pun call YB Ir Khalid Samad, MP Shah Alam. YB Khalid bagi tahu dia hampir sampai Pejabat SUK. Lega YB. Jadi kami pun terus ke sana secepat mungkin.

Sampai je disana, saya menurunkan YB dan terus cari tempat letak kereta di hadapan Dewan Undangan Negeri Selangor. YB dan Ibu Lin pun daftar di kaunter pendaftaran sebagai pemerhati. Lepas parking kereta, saya pun meninjau la disekitar Dewan Amnex disebelah Dewan Undangan Negeri tu. Mula-mula takut juga nak masuk tp saya bertanya dengan seorang pemandu YB dari parti Keadilan. Dia cakap Dewan Undangan Negeri Selangor memang tak boleh masuk tapi Dewan Amnex boleh masuk sebab Dewan Amnex tu cuma pejabat ADUN-ADUn sahaja.

Saya pun masuk kedalam. Jumpa pula dengan pemandu ADUN lain. Say pun tak kenal. Dia bagi tahu saya pergilah sarapan di dewan makan dekat dalam Dewan Amnex tu. Dia kata ramai pemandu-pemandu lain ada disana. Saya pun terus masuk la kemudian saya buat selamba je ambil air kopi dan kuih. Lepas tu makan lontong pulak hehehe. Lepas makan, saya pun berborak la dengan beberapa pemandu seperti pemandu YB Azmin Ali dan pemandu YB Dato’ Dr Hasan Ali.

Kira-kira pukul 11.20 pagi, saya pergi ke bangunan Pejabat SUK. Saya lepak dekat lobi bangunan tersebut. Sebelum ni saya pernah pergi sana. Masa tu ada TV dipasang. Hari tu saya pergi TV tutup pulak. Saya pun apa lagi, melelapkan mata la sampai Majlis Angkat Sumpah tu tamat.

Kemudian, kira-kira pukul 12.30 tghr, YB call saya sebab dia nak ambil laptop dia. YB kata penat tunggu majlis habis. YB kata nak lepak diluar dewan sambil siapkan kertas kerja dia. Saya ingatkan dah nak beredar. Spoil betul. Saya pun tak jadi nak sambung tidur. Saya lepak dekat kawasan parking kereta hinggalah pukul 12. 50 tghr, majlis tersebut pun tamat. Saya lihat semua YB-YB keluar dari dewan menuju keluar kerana ada sesi bergambar bersama Speaker dan Menteri Besar. Saya pun capai kamera saya dan tumpang ambil gambar sekali. Saya lihat ADUN dari Barisan Nasional monyok je muka diorang termasuk bekas Menteri Besar yang sekarang jadi Ketua Pembangkang pulak. Sapa lagi kalau bukan Dato’ Sri Khir Toyo. Dulu bukan main angkuh nak jadikan Selangor sifar pembangkang. Sekarang ni dia jadi Ketua Pembangkang.

Selepas sesi bergambar, para wartawan menyerbu untuk menemuramah Menteri Besar, Speaker dewan, Timbalan Speaker dan yang paling dikerumuni ialah bekas Menteri Besar iaitu Dato’ Sri Khir Toyo. Lepas tu, saya pun tanya la dengan seorang kakitangan kat situ. Saya tanya semua YB-YB pergi mana plak tu. Dia cakap diorang pergi makan tengahari dalam Dewan Amnex tu. Lepas tu kakitangan tu suruh saya masuk untuk makan sekali. Hehe apa lagi. Pucuk dicita ulam mendatang la. Dapat makan free lagi. Ni yang best ikut YB Dr Dzul ni. Masuk je dalam, YB Dr Dzul pun ajak makan sekali. Saya pun tanpa berlengah lagi la.

Habis je makan, saya, YB Dr Dzul dan Ibu Lin pun beredar dari situ menuju ke Kuala Lumpur. Mula-mula hantar Ibu Lin ke pejabat dia lepas tu terus ke pejabat Agong PAS. Sampai pejabat Agong, YB naik pejabat dia. Dia kata nak siapkan artikel dia untuk Harakah keluaran akan datang. Saya punlepak la kat Ground Floor untuk buat kerja Unit Amal saya sampai la waktu maghrib masuk.

Lepas solat, YB ajak balik. Sebelum tu pergi jemput Ibu Lin di pejabat dia. Sampai rumah YB dalam pukul 9.05 malam. Macam biasa, saya parking kereta dan ambil motor saya lepas tu cabut la.

BERSAMBUNG…………

CATATAN HARI NI 21 APRIL 2008

Salam,

Emmmm….Hari ni macam biasa keluar rumah pukul 7.30 pagi menuju ke rumah YB. Sampai rumah YB, macam biasa la. Lap..lap habuk kereta dulu. Lepas tu periksa tangki air. Memang rutin setiap hari macam tu sambil tunggu YB bersiap.

Pukul 9.10 pag baru kami bertolak dari rumah YB. Lokasi pertama yang ingin dituju ialah pejabat isteri YB di Plaza Pekeliling, Jalan Sentul. Saya panggil isteri YB sebagai Ibu Lin. Ibu Lin bertugas mengandalikan stesen TV internet yang bernama ‘DAMAI TV”. Tapi saya tak tahu tugas spesifik dia. Malas nak tanya.

Lepas sahaja menurunkan IBu Lin di pejabat diasekitar jam 10.15 pagi, YB suruh bawa dia ke pejabat Harakah, Jalan Pahang. Katanya ada mesyuarat dengan beberapa pimpinan PAS Pusat. Selepas parking kereta, saya pun pergila makan roti canai di Restoran Haslam berdekatan dengan pejabat Harakah tu. Habis makan dan minum, saya lepak dalam kedai Nuffair Street tengok buku. Lepas tengok, saya lepak dekat luar pejabat Harakah.

Ketika sedang mengelamun, kelibat seorang pemandu YB pun muncul. Dia ialah Zul yang saya dan sahabat-sahabat gelar Pak Jul Longkai. Pak Jul Longkai ni pemandu kepada YB Dr Syed Azman Syed Nawawi, ADUN Batu Burok, Terengganu. Rupa-rupanya YB Dr. Zul mesyuarat dengan YB Dr Syed Azman. Kemudian Pak Jul bagi tahu lagi, YB Dato’ Kamarudin Jaafar (KJ) pun ada. Ini bermakna, pemandu YB Dato’ KJ iaitu sahabat saya Mohd Zad pun ada. Saya pun telefon dia. Rupa-rupanya dia lepak di surau Harakah. Saya pun panggil dia turun dan kami bertiga lepak lagi di Restoran Haslam.

Hinggalah dah pukul 12.00 lebih, Pak Jul Longakai diarah oleh YB Dr Syed Azman ke pejabat Agong PAS manakala saya dan Mohd Zad lepak pula dalam pejabat Harakah. Kira-kira 10 minit kemudian, YB Dr Zul pun turun dan ajak saya beredar. Lokasi seterusnya yang YB ingin tuju ialah Damansara Uptown, Petaling Jaya. Kata YB dia ada sidang media dengan wartawan di pejabat MP dari DAP. Selepas saya turunkan YB, saya terus menuju ke Masjid Damansara Utama yang berdekatan untuk solat Zohor.

Selepas solat, YB telefon suruh jemput dia dan kami terus menuju pula ke pejabat Agong PAS, Jalan Raja Laut. Sampai di pejabat Agong, YB naik ke pejabat dia untuk menyiapkan kerja beliau dan saya lepak di ground floor lepak bersama pengarah saya iaitu Abg Champ sehingga pukul 7.40 malam, kami pun beredar dari pejabat Agong untuk pulang. Sebelum tu, ambil Ibu Lin di pejabatnya. Kami tiba di rumah YB pukul 9.18 malam dan saya teru parking kereta dan ambil motor untuk pulang ke rumah. BERSAMBUNG……..